Ketua Pengarah Pelajaran, Malaysia

YBhg. Tan Sri Dr Khair bin Mohamad Yusof

Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia

Kementerian Pendidikan Malaysia

 

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمٰنِ الرَّحِيْمِ

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

 

Tahniah dan syabas kepada Bahagian Matrikulasi Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) serta Jawatankuasa Pengelola atas kejayaan menganjurkan Karnival Kokurikulum Matrikulasi (KAKOM) Zon Utara Tahun 2017.

 

Sejajar dengan tuntutan pendidikan abad ke-21 yang menekankan aspek kemenjadian pelajar secara holistik, KPM sentiasa menyokong dan menggalakkan serta memberi peluang kepada para pelajar untuk mempamerkan bakat dan kebolehan mereka melalui pertandingan-pertandingan sukan dan permainan di peringkat kebangsaan mahupun antarabangsa.

 

Penganjuran KAKOM mampu merealisasikan hasrat KPM melahirkan modal insan negara pada masa akan datang yang mempunyai keupayaan berdaya saing di peringkat antarabangsa dan diiktiraf pengetahuan, kemahiran dan nilai etika dalam kelas tersendiri.

 

Diharapkan aktiviti KAKOM ini menjadi salah satu medium yang berkesan bagi meningkatkan penglibatan pelajar Program Matrikulasi dalam akses pendidikan yang berkualiti. Saya yakin, gabungan kecemerlangan akademik dan sukan mampu memperkasa individu pelajar bagi mencapai matlamat kualiti pendidikan untuk membentuk masyarakat maju yang cergas dan cerdas berasaskan kepada pemikiran aras tinggi.

 

 

 

Sekian, terima kasih.